Media popular Kebudayaan_Amerika_Syarikat

Papan tanda Hollywood.

Pameran gambar gerak komersil pertama di dunia diadakan di Bandar Raya New York pada tahun 1894, menggunakan Kinetoscope ciptaan Thomas Edison. Pada tahun berikutnya, tayangan filem terpancar komersil pertama juga diadakan di New York, maka AS menjadi peneraju pembangunan filem berbunyi pada puluhan tahun berikutnya. Sejak awal abad ke-20, industri perfileman AS amat tertumpu di kawasan dalam dan sekitar Hollywood, California. Sutradara D. W. Griffith menjadi tokoh penting dalam perkembangan nahu filem; manakala filem Citizen Kane oleh Orson Welles (1941) sering disebut-sebut sebagai filem terhebat sepanjang zaman.[14] Pelakon filem AS seperti John Wayne dan Marilyn Monroe dijulang sebagai ikon, manakala penerbit/usahawan Walt Disney menjadi peneraju perfileman animasi dan pembarangan filem. Studio-studio filem besar di Hollywood telah melahirkan filem-filem yang paling menguntungkan dalam sejarah, seperti Star Wars (1977) dan Titanic (1997). Hasil keluaran Hollywood masih mendominasi industri perfileman global hingga ke hari ini.[15]

Orang Amerikalah yang paling banyak meluangkan masa di depan kaca televisyen di dunia;[16] iaitu selama purata lima jam sehari pada tahun 2006.[17] Keempat-empat rangkaian penyiaran TV utama di negara ini adalah milik swasta. Orang AS juga gemar mendengar radio pada purata dua jam setengah sehari.[18] Selain portal web dan enjin carian, tapak-tapak web yang paling digemari di AS ialah Facebook, YouTube, Wikipedia, Blogger, eBay, dan Craigslist.[19]

Gaya irama dan seni kata muzik Amerika Afrika banyak sekali mempengaruhi muzik Amerika sehingga menjadi berlainan daripada tradisi muzik Eropah. Unsur-unsur muzik rakyat seperti blues dan old-time diserap dan ditukarkan menjadi genre-genre popular yang diminati ramai di merata dunia. Jazz dimajukan oleh tokoh-tokoh inovasi seperti Louis Armstrong dan Duke Ellington pada awal abad ke-20. Muzik country berkembang pada 1920-an, diikuti rhythm and blues pada 1940-an. Elvis Presley dan Chuck Berry menjadi pelopor rock and roll pada 1950-an. Pada 1960-an, Bob Dylan bangkit dari kebangkitan muzik rakyat untuk menjadi salah seorang penggubah lagu termasyhur di AS, manakala James Brown mengepalai perkembangan muzik funk. Ciptaan genre terbaru dari AS termasuk hip-hop dan house. Bintang pop AS seperti Elvis Presley, Michael Jackson, dan Madonna menempah nama sebagai selebriti global.[20]

Rujukan

WikiPedia: Kebudayaan_Amerika_Syarikat http://www.alexa.com/topsites/countries/US http://www.clearlycultural.com/geert-hofstede-cult... http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1004830 http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1005003 http://www.factmonster.com/sports/olympics/2008/di... http://www.harrisinteractive.com/Insights/HarrisVa... http://www.infoplease.com/ipsa/A0115108.html http://www.infoplease.com/ipsa/A0115207.html http://www.nationmaster.com/graph/med_tel_vie-medi... http://www.suttontrust.com/reports/Intergeneration...